Maklumat Terkini

DAPATKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSC PARIT SULONG KALI KE-45 25-26 FEBRUARI 2014.


Program Menghidupkan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Agama Islam telah mengadakan program tadarus Al-Quran yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Setiap kelas telah ditetapkan dengan juzuk tertentu. Tadarus Al-Quran ini bermula dari hari Selasa hingga hari Jumaat pada pukul 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.

Program 100% Khatam Al-Quran

Sempena meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak Panitia Agama Islam telah mengadakan program 100% Khatam Al-Quran. Program ini melibatkan murid-murid j-Qaf tahun 6 dan diadakan bermula dari hari Selasa hingga Jumaat, 10.30 hingga 10.50 pagi. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk khatam Al-Quran dan memperbaiki bacaan mereka. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Masakan Rimba 2010

Pada 31 Julai 2010, program masakan rimba telah dapat dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 4 unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Puteri Islam. Dalam program ini murid-murid akan bertanding menyediakan masakan mengikut menu yang telah ditetapkan.




Kem Literasi Al-Quran 2010



Majlis Penghalalan Ilmu



Kem Bestari Solat 2010

Pada 25 Jun 2010 kem bestari solat kali keempat telah dapat dilaksanakan. Walaupun berdepan dengan masalah catuan air pada tahun ini, ianya telah dapat diatasi dengan meminta murid-murid membawa sebotol air dari rumah. Murid-murid telah dapat didedahkan bagaimana mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sedikit disamping mengayakan pengetahuan mereka mengenai anggota-anggota wuduk yang wajib dan sunat dibasuh.