Maklumat Terkini

DAPATKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSC PARIT SULONG KALI KE-45 25-26 FEBRUARI 2014.


Program Menghidupkan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Agama Islam telah mengadakan program tadarus Al-Quran yang melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Setiap kelas telah ditetapkan dengan juzuk tertentu. Tadarus Al-Quran ini bermula dari hari Selasa hingga hari Jumaat pada pukul 7.10 pagi hingga 7.30 pagi.

Program 100% Khatam Al-Quran

Sempena meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak Panitia Agama Islam telah mengadakan program 100% Khatam Al-Quran. Program ini melibatkan murid-murid j-Qaf tahun 6 dan diadakan bermula dari hari Selasa hingga Jumaat, 10.30 hingga 10.50 pagi. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk khatam Al-Quran dan memperbaiki bacaan mereka. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Masakan Rimba 2010

Pada 31 Julai 2010, program masakan rimba telah dapat dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 4 unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Puteri Islam. Dalam program ini murid-murid akan bertanding menyediakan masakan mengikut menu yang telah ditetapkan.




Kem Literasi Al-Quran 2010