Maklumat Terkini

DAPATKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSC PARIT SULONG KALI KE-45 25-26 FEBRUARI 2014.


Sejarah Sekolah




Sejarah Ringkas Penubuhan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon.

Sebelum ditubuhkan pada 25 Mei 1949, murid-murid dari kampung Parit Othman dan kampung-kampung sekitarnya berulang-alik ke Sekolah Melayu Kampung Jawa, Parit Jalil, Batu Pahat sejauh lebih kurang 5km. Hal ini bukan sahaja menyukarkan dengan terpaksa melintas kebun dan belukar malah murid-murid juga terpaksa menyeberangi sungai Simpang Kiri dengan menaiki sampan untuk ke sekolah tersebut. Menyedari risiko yang dihadapi terutama dari aspek keselamatan murid-murid, seorang dermawan tempatan Puan Hajjah Maimunah bte Haji Ibrahim yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid tersebut telah bermurah hati mendermakan sebidang tanah miliknya seluar 2 ekar, 0 rd, 20 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang dicadangkan

25 Mei 1949 : Sebuah bangunan kayu beratap rumbia berukuran 20 x 20 kaki dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung Parit Othman dan diberi nama Sekolah Melayu Seri Maimon. En. Mohd Noor b. Hj. Arshad telah dilantik sebagai Guru Besar dengan murid seramai 135 orang dan seorang guru penolong.

1957 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan seluas 30 x 40 kaki telah dibuat. Pada tahun ini juga nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Maimon.
1960 : Pembinaan bangunan tambahan 4 bilik darjah oleh Kementerian Pelajaran.

1970 : Pembinaan sebuah banggunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, 1 pejabat guru besar, 1 bilik rehat guru dan sebuah kantin bernilai RM140,00.00.

24 Julai 1976 : SKSM telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Othman b. Hj. Saat, Menteri Besar Johor.

1985 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan ”Projek Kilat” mengandungi 4 bilik darjah bernilai RM80,000.00.

1986 : Pembinaan sebuah banggunan ”Gotong Royong” bernilai RM50,000.00.

1990 : Pembinaan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

1993 : Pembinaan bangunan Bengkel Kemahiran Hidup bernilai RM20,000.00 atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Awang b. Muhmad (Setiausaha Pembangunan Menteri Besar Johor).

1 Mei 1994 : Sekolah Kebangsaan Seri Maimon telah dinaiktaraf ke Sekolah Gred A.

1999 : Sebuah bangunan 2 bilik darjah telah siap dibina dengan peruntukan JPNJ bernilai RM40 000.00. Bangunan ini dapat diguna pakai sebaik sahaja sesi persekolahan 1999 bermula.

2002 : JPNJ telah memperuntukan wang sebanyak RM120 000.00 bagi membina 2 bilik darjah, 1 tandas murid dan membaik pulih pagar sekolah. Projek ini dapat disiapkan menjelang sesi persekolahan 2002.

2003 : JPNJ telah memperuntukkan wang sebanyak RM5 000.00 bagi membina lanskap untuk projek keceriaan sekolah
2004 : Penurapan dataran kejat yang dibiayai oleh YB ADUN Seri Medan.

10 September 2006 : Pembinaan sebuah bangunan Pra Sekolah dan makmal komputer.

Usia sekolah 2010 : 61 tahun