Maklumat Terkini

DAPATKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSC PARIT SULONG KALI KE-45 25-26 FEBRUARI 2014.


Lencana dan Lagu Sekolah

Warna Merah : Keberanian
Cekal, tabah tidak berputus asa dan pantang menyerah kalah dalam usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan pendidikan.

Warna Biru : Perpaduan
Harmonis, toleransi dan tolong menolong dalam mewujudkan kerjasama bagi mencapai perpaduan dan matlamat "Sekolah Penyayang".

Warna Putih : Kesucian
Keikhlasan, jujur dan amanah kepada diri sendiri dan orang lain bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Buku : Ilmu Pengetahuan
Matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan.

Mortar : Matlamat Pendidikan
Ke arah kecemerlangan pendidikan.

Jangka/ Roda : Sains dan Teknologi
Penguasaan dalam bidang sains dan teknologi masa kini.

3 Gelang/ Bunga Raya : Kokurikulum dan Nilai Tradisi
Penguasaan dalam bidang kokurikulum disamping memelihara dan mengekalkan ciri-ciri tradisi dan nasional.


Muat turun lencana sekolah:

(Format png)


Lagu Sekolah

Bendera Sekolah


Tajuk : Usaha Jaya
Lirik : Allahyarham Cikgu Kamsan bin Yusof

Merah, biru, putih warnanya,
Usaha jaya cogan sekolah kita,
Bersatu padu taat dan setia,
Sekolah Seri Maimon.

Di sinilah tempat kita bermula,
Membaca, menulis dan mengira,
Hormat guru, ibu bapa sentiasa,
Pedoman hidup bahgia

Kuatkan semangat, tinggikan cita-cita,
Berkhidmatlah kepada negara,
Aman makmur hidup bersama,
Patuhi Rukun Negara.

Taat Allah, agama, nusa bangsa,
Tetapkan iman penuh ilmu di dada,
Semoga diberkati yang maha Esa,
Pastikan kita berjaya.